SUNGAI PETANI: Sebanyak 14 buah rumah terjejas membabitkan tiga buah mukim di daerah Kuala Muda dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang pada Ahad.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Muda, Kapten (PA) Azhar Ahmad berkata, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Berapit di Mukim Pekula (1), Kampung Kuala Dahanan (1), Kampung Sri Gading (4) dan Kampung Jalan Sekolah Kebangsaan Jeniang (1) di Mukim Gurun.
Menurutnya, antara kawasan lain yang terlibat ialah Kampung Teluk Wang Besar (1), Kampung Teluk Wang Kechil (1), Kampung Bukit (3) dan Kampung Masjid (2) di Mukim Sungai Pasir.
"Bagaimanapun jumlah mangsa yang terbabit dalam kejadian masih dalam bancian.
"Kejadian angin kencang, hujan lebat dan pokok tumbang ini berlaku pada jam 5.30 petang sehingga menyebabkan kerosakan pada harta benda mangsa," katanya.
Menurut Azhar, pihaknya masih mengumpul maklumat berkaitan mangsa yang terbabit dan bersedia sekiranya perlu berpindah jika ada keperluan.
Azhar berkata, kejadian ribut turut menyebabkan banyak pokok tumbang di daerah berkenaan.
Beliau berkata, setakat ini antara agensi yang terbabit dalam kejadian itu termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia dan (PDRM) serta penghulu kampung. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 29 2024
Antara rumah mangsa yang terjejas akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang di daerah Kuala Muda. - Foto Sinar Harian
UTM lonjak 76 anak tangga dalam ranking universiti Asia
UTM berada pada kedudukan ke-85 tahun ini berbanding ke-161 tahun sebelumnya dalam Ranking Universiti Asia Times Higher Education 2024.
Raja Salman undang 1,000 warga Palestin tunaikan haji
Raja Arab Saudi undang 1,000 jemaah daripada keluarga syahid, tahanan dan rakyat Palestin yang cedera untuk menunaikan haji tahun ini.
PM umum kerajaan teruskan baucar buku RM100, bermula esok
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meneruskan baucar buku berjumlah RM100 untuk tahun ini.
FAM tarik nafas lega, tingkat fokus majukan landskap bola sepak negara
FAM kini memberikan tumpuan memajukan landskap bola sepak negara selepas dua dakwaan salah guna kuasa diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut.
Seorang maut selepas terperangkap dalam enjin jet KLM di Amsterdam
Seorang individu maut selepas terperangkap di dalam enjin jet penerbangan KLM petang semalam di Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol.
Tiga lagi kakitangan Kastam didakwa rasuah kes lori lolos pemeriksaan di KLIA
Mereka yang bertugas di JKDM KLIA, didakwa memperoleh untuk diri sendiri, suapan mengikut jumlah berkenaan, daripada seorang pemilik syarikat berusia 38 tahun.
Lelaki melecur ketika cuba selamatkan kereta Honda dalam kebakaran
Seorang lelaki melecur tahap dua semasa cuba menyelamatkan kereta jenis Honda FD miliknya yang terbakar di Kampung Wakaf Lichong di sini pada Khamis.
Angin kuat sehingga pesawat di pakir landasan bergerak
Sebuah pesawat American Airlines bergerak dari kedudukannya di pakir landasan di Lapangan Terbang Dallas Fort Worth ketika ribut membadai wilayah itu.
Kerajaan tak hapus subsidi diesel - Armizan
Armizan berkata subsidi itu masih wujud namun disasarkan semula untuk menangani isu ketirisan.
AWANI Ringkas: Bekas Presiden PPOC mengaku salah pecah amanah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
32 maut Siklon Remal badai India
Kerajaan tempatan telah memindahkan lebih 100,000 orang dari kawasan terdedah sebelum taufan itu mendarat.
Tujuh kereta rosak dihempap pokok tumbang
JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.24 petang.
Banjir kilat: 209 mangsa dari 73 keluarga dipindahkan ke PPS di Perak Tengah
Kesemua mereka dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit yang dibuka jam 9 malam.
Ribut, banjir kilat jejas beberapa daerah di Perak
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Simpang 3, Buluh Akar di Parit menyebabkan lima buah keluarga terjejas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Tiga daerah di Perak dilanda banjir kilat, 150 mangsa dipindah ke enam PPS
Setakat 8 pagi ini, empat PPS dibuka di daerah Taiping, sebuah di daerah Hilir Perak dan sebuah di daerah Kuala Kangsar.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok teduhan di ibu negara
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Lori tangki bawa minyak masak terpakai terbabas di Lebuhraya Karak
Lori tangki jenis Volvo itu dalam perjalanan dari Kuantan menuju Pelabuhan Klang.